Ku panah rindu dari busur kasihku
Bergegarkah kota ingatanmu padaku
Atau masih dinginkah dikau
Berkubu di mihrab perkasihan
Melayan rajuk panjangnya ...meratib mimpi
Masihkah ada wajahku antara indahnya
Dan kenari itu masih bernyanyi merdu di jendela memori kita?
Semoga saja, carik-carik itu tercantum
Biarpun aku selalu lemah dalam memujukmu
Kerana
tulus selalu teguh dan kukuh.
Selalu merawat tanpa kata-kata..
Dan kenari itu masih bernyanyi merdu di jendela memori kita?
Semoga saja, carik-carik itu tercantum
Biarpun aku selalu lemah dalam memujukmu
Kerana
tulus selalu teguh dan kukuh.
Selalu merawat tanpa kata-kata..
~ Hijab Kalbuku ~
No comments:
Post a Comment