Pages

Tuesday, 21 August 2012





rindu sarat memberat
memaksa seluruh indera mencerna makna
lalu aku pun kembali
menelusuri denai sepi ini
mencari erti

siangku biarlah panjang
agar malamku berkabung tenang
dalam mimpi-mimpi manis
dalam indah kenangan tak terhakis
maaf
kerana ada airmata yang tertitis
lewat kepergian semalam

kalaulah bisa diungkap dalam sepotong kalimah
untuk kau faham segala
namun rahsia itu mungkin lebih baik
memancung curiga yang berputik




~ Hijab Kalbuku ~

No comments:

Post a Comment